05:43
05:53
01:06
04:29
07:03
08:18

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PENGANUGERAHAN & PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD PENARAFAN PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022

KPPI 1

21 Oktober 2022 | 24 Rabiulawal 1444H (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Majlis Penganugerahan & Penyampaian Sijil Standard Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-wilayah Persekutuan Tahun 2022 pada 20 - 21 Oktober 2022 (Khamis - Jumaat) bertempat di MITC Hotel, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis ini diadakan bagi menghargai pencapaian serta penglibatan syarikat dan pengendali Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) yang banyak membantu JAWI dalam melaksanakan KPPI kepada masyarakat Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Perasmian majlis dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim.

Program penarafan dan pengauditan pusat KPPI diadakan bertujuan mewujudkan pusat KPPI yang berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh JAWI serta memastikan pengurusan KPPI di Wilayah-wilayah Persekutuan lebih tersusun dan sistematik bagi memberikan penyampaian dan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Sebanyak 25 pusat kursus telah terlibat dalam penilaian penarafan pada tahun ini meliputi pusat-pusat kursus di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Penilaian adalah berpandukan Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam JAWI yang merangkumi empat (4) komponen utama iaitu Kemudahan & Fasiliti, Penggunaan Modul MBKPI & Garis Panduan Pelaksanaan Kursus, Aplikasi SPPIM serta Pengurusan Fail & Rekod.

Pada majlis tersebut, 17 pusat kursus telah berjaya mendapat sijil standard penarafan dengan Gred A (Cemerlang), manakala 8 pusat kursus telah mendapat Gred B (Baik).

Sesi muzakarah bersama penganjur-penganjur pusat kursus turut diadakan pada hari pertama bagi membincangkan isu, cadangan dan solusi bagi memantapkan urusan praperkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan. Sebanyak tujuh (7) resolusi telah dicapai dalam sesi muzakarah tersebut.

KPPI 2 KPPI 3
KPPI 9 KPPI 8
KPPI 10 KPPI 5
KPPI 6 KPPI 7
KPPI 4
KPPI 112

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel