05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DAN MOTIVASI DI RUMAH KEBAJIKAN BAITUL EHSAN AL KHAIRI TAMAN MALURI

Picture3

25 OKTOBER 2022M | 28 RABIULAWAL 1444H (SELASA) - Telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat dan Motivasi di Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al Khairi Taman Maluri. Program dianjurkan oleh Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) JAWI dengan kerjasama Masjid Al Imam Ash Shafie Taman Maluri (MAIAS) dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan (PUMWP).

Tujuan utama pelaksanaan program adalah untuk menyantuni penghuni di rumah kebajikan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin melalui pengisian berbentuk kerohanian dan motivasi. Para peserta juga turut didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah khususnya berkaitan pengurusan jenazah.
 
Majlis telah dimulakan dengan upacara perasmian program yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI mewakili YBhg. Datuk Pengarah JAWI.
 
Antara pengisian program adalah slot motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Syaurah binti Ishak daripada Nasyrah Consultant dan Ustaz Muhammad Alif bin Norizan daripada PUMWP.  Slot seterusnya adalah berkaitan teori dan praktikal pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada Pasukan Pengurus Jenazah JAWI.
 
Melalui kolaborasi strategik ini, JAWI turut menyampaikan sumbangan tunai kepada Rumah Baitul Ehsan Al Khairi bernilai RM5,000.00. Manakala sumbangan barangan kepada penghuni yang terdiri daripada 50 orang peserta dan bayaran penceramah telah dibiayai oleh MAIAS.  PUMWP pula telah menyediakan sumbangan makanan sepanjang program berlangsung.
 
Picture1 Picture2
Picture6 Picture5
Picture4 Picture7

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel