05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 SIRI 3/2022

Kelas Akta 3 1

18 Oktober 2022 | 21 Rabiulawal 1444H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 3/2022 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program ini telah disertai oleh sekitar 70 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, wakil jabatan dan bahagian berkaitan serta pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia. Program ini juga turut disertai oleh wakil dari JAWI Cawangan Labuan secara dalam talian iaitu melalui platform Google Meet.

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan khas iaitu YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyentuh peruntukan Seksyen 59, Akta 303 iaitu berkaitan kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz serta Seksyen 60 iaitu tentang kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.

Untuk memperjelaskan lagi kefahaman para peserta berkaitan topik perbincangan, YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan rujuk yang sering menjadi rujukan oleh masyarakat umum.

Secara keseluruhannya, program ini sangat memberi manfaat kepada para peserta kerana setiap peruntukan telah dikupas secara terperinci dengan penjelasan yang mudah difahami berdasarkan hujah-hujah Syarak dan juga undang-undang yang berkuat kuasa. Program ini merupakan siri terakhir bagi tahun 2022 dan wajar diteruskan lagi dari semasa ke semasa demi meningkatkan lagi tahap kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan antara asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan rujuk orang Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Kelas Akta 3 2 Kelas Akta 3 4
Kelas Akta 3 32
Kelas Akta 3 7 Kelas Akta 3 5
Kelas Akta 3 142
Kelas Akta 3 6 Kelas Akta 3 13
Kelas Akta 3 152
Kelas Akta 3 8 Kelas Akta 3 10
Kelas Akta 3 112
Kelas Akta 3 12

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar