05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMBARA IBADAH MENCARI IBRAH - MUALAF BERSAMA SANTUNI DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI

311162495 517600263517153 7722562484715753836 n

10 OKTOBER 2022M | 13 RABIULAWAL 1444H (ISNIN) - Pada 9 hingga 10 Oktober 2022, bersamaan 12-13 Rabiulawal 1444H JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kembara Kasih Mualaf 2022 bertempat di Kampung Orang Asli, Sg. Kelang, Raub, Pahang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Raub. 

Objektif program ini diadakan adalah untuk merealisasikan program dakwah yang lebih efisien. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan para mualaf menimba pengalaman berdakwah dengan menyantuni masyarakat luar dengan lebih rapat. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan bersama penduduk kampung Orang Asli. Antaranya ialah Klinik Tahsin surah al-Fatihah, acara  sukaneka kanak-kanak serta dewasa, pertandingan persahabatan bola sepak antara team Orang Asli dan Urusetia JAWI bersama mualaf. 
 
Aktiviti sembang santai diiringi cabutan bertuah telah di laksanakan dengan  pelbagai hadiah menarik seperti barang elektrik, permainan kanak-kanak, alatan memasak dan termasuk basikal untuk warga penduduk kampung yang terpilih. Peserta mualaf telah melaksanakan misi ziarah ‘Door to Door’ iaitu penyampaian sumbangan barang asasi kepada para penduduk di samping beramah mesra serta merapatkan ukhuwah sesama mereka. Seramai 125 ketua isi rumah telah diziarahi dengan jumlah 410 penduduk menerima manfaat ziarah ini. Setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat meriah dan baik oleh penduduk Orang Asli di sini. 
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan diteruskan dengan acara bergambar bersama para peserta. Simbolik perasmian telah diadakan dengan penyerahan cek sumbangan kepada Kampung Orang Asli dan 3 buah basikal sebagai tanda kenangan dan kegunaan penduduk kampung diwakili oleh Tok Batin Kampung.
 
Kembara Kasih Mualaf 2022 telah mendapat sokongan yang padu dari rakan strategik JAWI iaitu QSR Brands, Gardenia, Nestle dan turut bersama team JAWI foodbank membantu pelaksanaan agihan kepada seluruh warga penduduk.
 
Semoga dengan program yang dijalankan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan nilai dakwah dalam diri kita di samping memberi manfaat kepada masyarakat luar.
 
Picture1 Picture2
Picture6 Picture5
Picture3 Picture8
Picture4

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar