05:43
05:53
01:06
04:29
07:03
08:18

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI DAN PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) ANJUR PROGRAM RIYADHUL ILMI BERSAMA PULAPOL TAHUN 2022

310312993 518096726800840 2887120842764332079 n

11 OKTOBER 2022M | 14 RABIULAWAL 1444H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Riyadhul Ilmi Bersama PULAPOL Tahun 2022.

Seramai lebih 200 orang peserta daripada kalangan pelatih yang menjalani latihan di PULAPOL telah hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Solat Siddatul Khauf" yang telah dikupas dengan baik oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Ustaz Mohd Noor bin Mohamad, Pendakwah Bebas.
 
Majlis ditutup dengan penyampaian cendera hati kenangan oleh YDH SUPT Norosid bin Mamat; Timbalan Pengerusi Masjid Salehin, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada Penceramah Jemputan dan wakil JAWI; Ustaz Saiful Azhar bin Wahab.
 
Semoga usaha menyampaikan misi dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan serba sedikit kefahaman dalam memantapkan pengetahuan dalam ibadah seharian daripada semasa ke semasa.
 
311484757 518097223467457 7202516995419779750 n 311510935 518097080134138 5548611943177608464 n
311166454 518097190134127 409565830760241801 n 311431706 518097033467476 8869078611026397432 n
311331888 518097146800798 4210905637286539450 n

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel