05:43
05:53
01:06
04:29
07:03
08:18

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KPPI BERSAMA OKU CACAT PENGLIHATAN

KPPK OKU 1

10 Oktober 2022 | 13 Rabiulawal 1444H (Isnin) – Telah berlangsung Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) untuk OKU cacat penglihatan pada 9 hingga 10 Oktober 2022 bertempat di Persatuan MAB, Brickfields. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Kursus Kesedaran Insan dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Hampir 60 orang peserta telah diberi bimbingan mengenai ilmu-ilmu awal rumahtangga meliputi 10 tajuk utama berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI). Seramai lima penceramah telah dijemput khusus untuk bersama para peserta ini bagi mengupas tajuk-tajuk tersebut berdasarkan slaid-slaid MBKPI yang telah disediakan.

Di Wilayah Persekutuan, KPPI melibatkan OKU sentiasa dilaksanakan saban tahun. Namun, kursus ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak penularan pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Apabila situasi negara semakin bertambah baik pada tahun 2022 dan KPPI telah mula dijalankan secara kaedah bersemuka, JAWI telah bersetuju untuk membenarkan pusat kursus dan PERTIS meneruskan semula KPPI disebabkan permintaan yang tinggi dari kalangan OKU.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, rata-rata peserta begitu fokus dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Diharapkan ilmu-ilmu yang diperoleh daripada kursus ini dapat menjadi panduan dan bekalan untuk mereka apabila melayari alam rumahtangga kelak.

KPPK OKU 2 KPPK OKU 3
KPPK OKU 4 KPPK OKU 5

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel