05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PNCR DAN PPNCR WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 2/2022

Kursus PPNCR 1

6 Oktober 2022 | 9 Rabiulawal 1444H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Bil. 2/2022 pada 5 dan 6 Oktober 2022 (Rabu dan Khamis) bertempat di Hotel Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.

Objektif penganjuran program ini antara lain adalah untuk memberikan latihan dan kemahiran secara konsisten mengenai pengurusan hal ehwal perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) kepada pemegang tauliah Pendaftar (PNCR) dan Penolong Pendaftar (PPNCR) di Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebanyak empat slot ceramah dan satu sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seramai 46 PNCR dan PPNCR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menghadiri program ini. Kursus yang dianjurkan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan tahap profesionalisme mereka khususnya berkaitan isu-isu NCR dan program seumpama ini wajar diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Kursus PPNCR 6 Kursus PPNCR 2
Kursus PPNCR 3 Kursus PPNCR 4
Kursus PPNCR 5 Kursus PPNCR 7
Kursus PPNCR 8

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar