BENGKEL DATA BANK SOALAN TAHUN 2022
2 OKTOBER 2022M | 5 RABIULAWAL 1444H (AHAD) – Telah berlangsung Bengkel Data Bank Soalan Tahun 2022 bertempat di Koptown EDC Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 1 hingga 2 Oktober 2022. Seramai 13 orang peserta terdiri daripada tenaga pengajar mualaf dan pihak pengurusan Kompleks Darul Hidayah (KDH) telah mengikuti bengkel tersebut.
Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta berkaitan kaedah yang sesuai dan efektif dalam membina soalan peperiksaan dan pengumpulan data.
Puan Hayatul Hidayah binti Muhamad Yasin dari Sekolah Kebangsaan Menjalara dan Puan Maihanie binti Nazri dari Sekolah Kebangsaan St. Mary telah dijemput untuk mengendalikan bengkel selama dua hari tersebut. Ternyata bengkel ini sangat memberi impak yang positif dan berkesan kepada peserta untuk lebih memahami kaedah yang terbaik dalam membina soalan peperiksaan dan pengumpulan data pada masa akan datang.
Penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengajian dan Pentadbiran KDH. Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini dapat menaikkan semangat para peserta terutamanya tenaga pengajar mualaf di KDH untuk lebih proaktif dalam mengurus dan menyelaras bank soalan.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Jumlah paparan: 1209