05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI ANJUR PROGRAM KEFAHAMAN REMAJA ISLAM BERSAMA SEKOLAH TUNAS BAKTI

308027967 502486341695212 4111330537377852406 n

21 SEPTEMBER 2022M | 24 SAFAR 1444H (RABU) – Telah berlangsung Program Kefahaman Remaja Islam Tahun 2022 anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah(BPD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Sek.Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif utama program adalah sebagai salah satu alternatif mempergiatkan usaha-usaha penerapan nilai Islam kepada golongan remaja agar tidak ketinggalan dalam memahami, mendalami, menghayati nilai dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian program ialah sesi ceramah yang menekankan aspek buli dan juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dikendalikan oleh Ustaz Yahya Mahyudin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek, Kuala Lumpur bersama fasilitator daripada Masjid Jamek dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Program ini telah disertai oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sek.Tunas Bakti, Sg.Besi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Encik Hardy bin Abdul Jalil, Timbalan Pengetua Sek. Tunas Bakti, Sg. Besi, dan seterusnya ucapan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadhil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohamad bin Haji Abdullah, Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308002530 502485821695264 2348641130435125335 n 308056491 502485871695259 2047457714629921914 n
307852449 502486018361911 5228830058677175286 n 307909845 502486145028565 4827117574168775101 n
308189188 502486385028541 5250567163071021884 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel