05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE HOSPITAL PUTRAJAYA (HPJ)

308070213 503249308285582 8643112043398479152 n

22 SEPTEMBER 2022M | 25 SAFAR 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) JAWI dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Hospital Putrajaya (HPJ).

Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di HPJ. Serahan barangan berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohamad bin Haji Abdullah, Pengerusi PUM Cawangan Wilayah Persekutuan. Manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Mustaim bin Mat mewakili BPM JAWI diiringi oleh YBrs. Puan Nurul Insyirah binti Mohd Ishah, Ketua Unit Perhubungan Awam HPJ. Sumbangan barangan dan wang tunai tersebut telah diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Ortopedik 3C HPJ.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan HPJ di masa hadapan.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308404156 503249231618923 1189483969828869189 n 308559946 503249341618912 8143665954290380915 n
 308346322 503249191618927 8442874222497629009 n 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar