05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

33 MUALAF KEKAL POSITIF FOKUS MENDALAMI ILMU ASAS FARDU AIN MELALUI KIFA SIRI-10

305624984 504780098132503 3326969547737224284 n

24 SEPTEMBER 2022M | 27 SAFAR 1444H (SABTU) – KIFA Siri 10/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu, 24 September 2022 bersamaan 28 Safar 1444 Hijri. Alhamdulillah, kehadiran seramai 33 peserta mualaf baharu bersama 2 rakan peneman berjaya menarik minat dan respon yang positif serta komitmen yang ditunjukkan begitu baik. Alhamdulillah perkongsian sesi slot ceramah melalui Ustaz Yahya Mahyuddin bin Utoh Said, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Al Fadhil Ustaz Muhammad Aryf Zaki bin Muhammad Ali, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Haafizhin amat berkesan dan sesi komunikasi secara 2 hala antara penceramah bersama peserta amat aktif dengan pelbagai soalan dan jawapan.

Seusai solat Zohor, sesi amali dan praktikal yang menumpukan kepada ibadah wuduk dan solat telah dikendalikan oleh fasilitator Guru KDH berdasarkan kumpulan peserta yang telah dibahagikan. Subhanallah, komitmen dan fokus yang diberikan oleh para peserta menunjukkan kesan dan semangat yang jitu untuk terus memahami aspek ibadah yang asas di dalam Islam.
 
Majlis penutupan ringkas diadakan dengan penyampaian sijil penyertaan kursus dan sesi bergambar bersama urusetia, fasilitator dan juga para peserta. InsyaaAllah, kepada sahabat mualaf, mari bersama kami pada dua siri terakhir 11 dan 12 yang akan dilaksanakan pada Oktober dan November 2022.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

308621624 504781004799079 8864658708972329025 n 308995492 504780061465840 1474961456759525055 n
 305218388 504780824799097 4360972367164013257 n 305930746 504780164799163 6524872678476889275 n 
308714698 504781144799065 1470174468927057440 n 306087373 504779808132532 3730239057592385892 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel