ZIARAH DAKWAH DAN SILATURRAHIM PENDUDUK SETEMPAT (DAKWAH BIL HAL) BERSAMA PENDUDUK FLAT SRI KOTA
25 SEPTEMBER 2022M | 30 SAFAR 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Kota, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah Dan Silaturrahim Penduduk Setempat (Dakwah Bil Hal). Seramai 95 orang peserta dari kalangan penduduk Flat Sri Kota yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Jom Baiki Solat Kita." yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang telah disempurnakan oleh Ustazah Khatijah binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI kepada para peserta yang juga merupakan asnaf di perumahan Flat Sri Kota. Majlis turut di hadiri oleh Puan Norimah binti Mohamad, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Kota.
Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak meringankan beban di samping memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI |
Jumlah paparan: 1138