05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM RIYADHUL ILMI BERSAMA FELDA TAHUN 2022

309283817 506729047937608 1819575635858578290 n

27 SEPTEMBER 2022M | 30 SAFAR 1444H (SELASA) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan dan juga FELDA telah menganjurkan Program Riyadhul Ilmi Bersama Warga FELDA Tahun 2022.

Seramai 151 orang peserta kakitangan FELDA telah hadir dalam menjayakan program pada hari ini. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Konsep Ibadah dalam Kerjaya daripada Perspektif Al-Quran" yang telah dikupas dengan baik oleh YBrs. Dr. Hamdi bin Ishak, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, UKM.
 
Majlis kemudiannya diteruskan dengan  Ucapan Aluan daripada YM Puan Raja Faridah binti Raja Ahmad; Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) FELDA. Seterusnya YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI juga dijemput untuk menyampaikan ucapan. Kemuncaknya program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohamad bin Haji Abdullah; Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan. 
 
Semoga usaha menyampaikan misi dakwah ini diberkati Allah s.w.t. dan perkongsian ilmu ini dapat memberikan serba sedikit kefahaman dalam mengekalkan mutu perkhidmatan ke tahap yg terbaik daripada semasa ke semasa.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

309176877 506729121270934 7204696704640527924 n 309106852 506729174604262 6267261696600417921 n
309067481 506729007937612 3683543679903874209 n 309234542 506729091270937 1577466860644970984 n 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel