05:43
05:53
01:06
04:16
07:07
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN NCR, RC DAN SPPIM DI JAWI CAWANGAN LABUAN

Audit Labuan 2

20 September 2022 | 23 Safar 1444H (Selasa) – Selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Audit Pematuhan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (NCR), Runding Cara (RC) dan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di JAWI Cawangan Labuan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 September 2022 (Isnin dan Selasa).

Audit Pematuhan Pengurusan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu aktiviti/program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus NCR dan RC di Wilayah-wilayah Persekutuan. Pasukan audit telah diketuai oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan bersama lima orang juruaudit yang dilantik secara dalaman di BPPK JAWI. 

Program dimulakan dengan sesi ta'aruf dan perbincangan antara kedua-dua belah pihak berkisar isu-isu semasa dan prosedur terkini berkaitan tadbir urus NCR dan RC yang dilaksanakan di Wilayah-wilayah Persekutuan. Seterusnya, pasukan audit telah meneliti dan memeriksa dokumen serta proses kerja NCR dan RC yang dilaksanakan di JAWI Cawangan Labuan bagi tujuan penambahbaikan dan penyeragaman tadbir urus di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit mendapati bahawa tadbir urus NCR dan RC di JAWI Cawangan Labuan telah dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang sepatutnya selaras dengan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Penemuan audit juga mendapati tiada ketidakpatuhan major ditemui, namun beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan bagi memperkemaskan lagi proses kerja NCR dan RC di JAWI Cawangan Labuan selaras dengan Piagam Pelanggan Jabatan demi mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Audit Labuan 1 Audit Labuan 3
Audit Labuan 3.1 Audit Labuan 4.1
Audit Labuan 5 Audit Labuan 6
Audit Labuan 7 Audit Labuan 9
Audit Labuan 11 Audit Labuan 12

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel