05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS TAHSIN AL-QURAN QARI/QARIAH DAN HAFIZ/HAFIZAH WILAYAH PERSEKUTUAN

307149113 498233578787155 2225441998703233037 n 1

15 SEPTEMBER 2022M | 18 SAFAR 1444H (KHAMIS) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tahsin al-Quran Qari/ Qariah dan Hafiz/ Hafizah Wilayah Persekutuan pada 13 hingga 15 September 2022 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Kursus 3 hari tersebut melibatkan seramai 12 orang Qari/ Qariah dan 35 orang Hafiz/ Hafizah yang *terpilih dan layak* ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada November 2022.

Program ini bertujuan untuk meningkat dan menggilap kemahiran para peserta sebelum memasuki pertandingan. Peserta didedahkan dengan teknik dan kemahiran bacaan al-Quran merangkumi hafaz, lancar, tarannum, fasohah, suara, dan lagu. Kursus ini diadakan sebanyak 12 sesi dari segi teori dan amali. Ia dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang dijemput khas mewakili bidang-bidang kepakaran masing-masing. Bagi Kursus Tahsin al-Quran Qari dan Qariah antara penceramah terlibat adalah YBrs. Dr. Anuar bin Hasin, Al-Fadhil Tuan Abdul Baari bin Abdullah dan Al-Fadhil Tuan Haji Zaher Rudin bin Mokhtar. Manakala bagi Kursus Tahsin al-Quran Hafizan, penceramah terdiri daripada Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman, Ustaz Abdul Khair bin Jalil dan Al- Fadhil Tuan Haji Abdul Karim bin Zakaria.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Zulkifli bin Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah. Kursus berakhir pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

307135215 498233848787128 368858388929929358 n 307089590 498234012120445 2007302403076458987 n
307005182 498233935453786 135706028201781577 n 307160365 498233772120469 1389692754367257810 n
307271835 498233708787142 6624715270682989078 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel