05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BICARA SANTAI DAKWAH BIL HAL BERSAMA RAKAN JALANAN SIRI 1 2022

307038498 497341575543022 1140376726650621009 n

13 SEPTEMBER 2022M | 17 SAFAR 1444H (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kuala Lumpur, telah mengadakan Program Bicara Santai Dakwah Bil Hal Bersama Rakan Jalanan.

Antara pengisian utama adalah Kuliah Dhuha bertajuk "Ibrah Di Sebalik Kehidupan Jalanan" yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairul Azman bin Md Daud, Penceramah Yayasan Amal Malaysia yang diadakan di perkarangan Warung Makan Sahabat, Chow Kit. Objektif penganjuran program ini adalah untuk merapatkan jurang antara golongan terpinggir dan masyarakat serta memantapkan jati diri mereka untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan dari semasa ke semasa.

Program ini telah disertai oleh seramai hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada gelandangan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Makanan diagihkan kepada para peserta setelah selesai program dijalankan. Adalah diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat mendekatkan diri dan memahami keperluan dan kehendak saudara-saudara kita yang masih hidup di jalanan.

Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

306615832 497341605543019 6135171785343807623 n 306967868 497341662209680 3418146250480574937 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel