05:43
05:53
01:06
04:16
07:07
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR REMAJA MITHALI HARAPAN UMMAH

Seminar Remaja 1

6 September 2022 | 9 Safar 1444H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Masjid Mu'adz bin Jabal, Taman Setiawangsa telah mengadakan Seminar Remaja Mithali Harapan Ummah bertempat di Dewan Masjid Mu'adz bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Objektif seminar ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para remaja kepentingan memupuk akhlak dan menyemai harga diri yang tinggi dalam membentuk hala tuju yang akan menjadi pegangan hidup di samping dapat melahirkan generasi yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Ceramah bertajuk "Cabaran Generasi Alpha Masa Kini” telah disampaikan oleh YM Datuk Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy berganding dengan YBrs. Ustazah Awiyah binti Utoh Said, Founder Awiyah Expert Enterprise selaku moderator.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Zakaria bin Sulong, Pengerusi Masjid Mu'adz bin Jabal.

Program ini bersifat interaktif dua hala antara peserta dan penceramah berjaya menarik minat para peserta untuk kekal sehingga berakhirnya program. Maklum balas yang diterima oleh peserta masing-masing berpuas hati dan mengharapkan program seperti ini diteruskan. Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada para peserta dalam menempuh cabaran generasi masa kini.

Seramai 150 peserta dalam kalangan remaja berumur 15 hingga 17 tahun telah menyertai dan menjayakan seminar tersebut.

Seminar Remaja 3 Seminar Remaja 4
Seminar Remaja 5
Seminar Remaja 6 Seminar Remaja 7
Seminar Remaja 8

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel