05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:41
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AUDIT PEMATUHAN PENGURUSAN NCR, RC DAN SPPIM DI JAWI PUTRAJAYA

Audit Putrajaya 1

2 September 2022 | 5 Safar 1444H (Jumaat) – Selaras dengan Teras 5, Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Audit Pengurusan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga serta Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) pada 1 dan 2 September 2022 (Khamis dan Jumaat) bertempat di JAWI Putrajaya. Audit Pematuhan SPPIM di tiga Wilayah Persekutuan merupakan salah satu aktiviti/program yang digariskan sebagai strategi bagi memantapkan tadbir urus perkahwinan, perceraian dan rujuk (NCR) serta runding cara (RC) di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Enam orang juruaudit yang dilantik secara dalaman di BPPK telah membuat pengauditan dengan meneliti dan memeriksa dokumen serta proses kerja berkaitan NCR dan RC yang diuruskan di JAWI Putrajaya. Turut hadir ialah YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan yang telah turun padang bagi memantau sendiri gerak kerja audit yang dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit mendapati bahawa urusan NCR dan RC di JAWI Putrajaya telah dilaksanakan dengan baik selaras dengan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Penemuan audit juga mendapati tiada ketidakpatuhan major ditemui, namun beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan telah diberikan bagi memperkemaskan lagi proses kerja urusan NCR dan RC di JAWI Putrajaya demi meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Audit Putrajaya 5 Audit Putrajaya 4
Audit Putrajaya 6
Audit Putrajaya 2 Audit Putrajaya 3
Audit Putrajaya 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar