05:43
05:53
01:06
04:16
07:07
08:16

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEAZAMAN JAWI MENGHASILKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SARAWAK

300405499 484434906833689 7322295832986448583 n

24 OGOS 2022M | 26 MUHARAM 1444H (RABU) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengambil inisiatif dengan penuh keazaman sehingga berhasilnya lawatan penanda aras ke Sarawak. Lawatan ini diadakan dalam mengatur misi memperkasakan pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seusai pagi ahli rombongan telah melawat Jabatan Agama Islam Sarawak bagi melihat program dan aktiviti berkaitan mualaf. Rombongan diketuai YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI serta YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim telah disambut oleh YBrs Haji Khalidi bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak. Banyak program dan cara pengurusan mualaf yang boleh diambil contoh oleh JAWI.

Setelah itu ahli rombongan menuju ke Tabung Baitulmal Sarawak. YBhg. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak telah memberikan taklimat pengurusan baitulmal Sarawak. Jelas dan amat jitu pengurusannya dalam memacu pembangunan baitulmal Sarawak.

Manakala pada sebelah petangnya kami telah dibawa ke Islamic Information Centre (IIC). Kehadiran kami disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC iaitu Dr Asmah binti Othman serta para pegawainya. Amat kagum melihat senibina IIC yang memaparkan keharmonian kaum dan budaya di Sarawak. Banyak idea dan inisiatif yang boleh dijadikan contoh penanda aras oleh JAWI khususnya dalam memperkasakan pengurusan mualaf. Semoga lawatan pada kali ini dapat menghasilkan inisiatif dan idea kepada JAWI dalam memperkasakan pengurusan mualaf di Wilayah-wilayah Persekutuan khususnya.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300002906 484434956833684 7333359335261057704 n 299824488 484435033500343 7492358180606273979 n
300453660 484435143500332 8230095583838265941 n
300035899 484435293500317 8366082168930049089 n 300637837 484435110167002 2178484615483890321 n
301474752 484435066833673 841095018969694057 n 299815891 484435246833655 278323031754306476 n
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel