05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG HEBAT SEMPENA MAHRAJAN MUALAF PERINGKAT KEBANGSAAN 2022

300791365 482095793734267 139468450600830399 n

20 Ogos 2022M | 22 Muharam 1444H (Sabtu) – MAHRAJAN Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dilaksanakan dengan jayanya pada bermula hari Khamis sehingga Sabtu, 18 - 20 Ogos 2022.

Alhamdulillah, mahrajan peringkat kebangsaan yang diadakan secara dwi tahunan ini berjaya mengumpulkan para peserta mualaf dari seluruh negeri. Negeri Terengganu terpilih selaku tuan rumah untuk pelaksanaannya dan Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur Kampus Besut telah menjadi bukti dan penganjurannya begitu baik.

Terdapat 5 Acara telah dipertandingkan bagi kategori lelaki dan wanita. Antaranya Acara Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan, Nasyid dan Azan Iqamat. Alhamdulillah, peserta Wilayah Persekutuan telah berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam menyahut cabaran bagi menyertai setiap acara. Ternyata para peserta dari kontinjen negeri yang lain jua begitu hebat dan memberikan persembahan terbaik.

Subhanallah. DYMM Sultan dan DYMM Sultanah Terengganu Darul Iman telah mencemar duli untuk merasmikan Majlis Penutupan Mahrajan serta bersama sama dalam majlis santapan Diraja meraikan para peserta mualaf dan kontinjen seluruh negeri yang terlibat. Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn.Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim bersama Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan turut bersama kontinjen Wilayah Persekutuan pada malam penutupan bagi mewaliki Pengarah JAWI. Semoga pengalaman dan ilmu pertandingan yang baharu dapat menyuntik semangat para peserta mahrajan Wilayah Persekutuan bagi mempersiapkan diri bagi mahrajan yang akan datang. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada para peserta di atas komitmen, guru pembimbing bagi setiap acara yang amat membantu seterusnya urus setia yang bertungkus lumus mempersiapkan kontinjen Wilayah Persekutuan sepanjang mengharungi mahrajan kebangsaan pada tahun ini.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

300171747 482096143734232 1259649630606067341 n 300776916 482095923734254 5153713864948650081 n
300822534 482095823734264 8098022191516358099 n
300791583 482096000400913 7047708860641338068 n 300825831 482096077067572 2818288534275653198 n
301100836 482096040400909 4068324551252364626 n 300791583 482096117067568 2374506552886267883 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel