05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TAHUN 2022

293800723 459326689344511 5605659860203613645 n

15 JULAI 2022M | 15 ZULHIJAH 1443H (JUMAAT) - Bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah, telah berlangsung Bengkel Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai persediaan kepada tenaga pengajar sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Seramai 7 orang tenaga pengajar dari Kompleks Darul Hidayah telah mengikuti bengkel tersebut.

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk meningkatkan keyakinan tenaga pengajar sebelum mereka memasuki kelas pengajian dengan berbekalkan persediaan mengajar yang rapi, sistematik dan berkesan terutamanya di Kompleks Darul hidayah.

Puan Upiq Asmar binti Zainal Abidin dari SK Bukit Bandaraya telah dijemput untuk mengendalikan tajuk Keperluan Penyediaan RPH dan Model Penulisan Objektif sebelum P&P. Manakala Cik Immaniah binti Ishak dari SK Bukit Pantai dengan tajuk Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan. Ternyata bengkel tersebut memberi impak yang sangat positif kepada tenaga pengajar untuk lebih bersedia dalam P&P pada masa akan datang.

Puan Marriyani binti Mohamad selaku Pengetua Kompleks Darul Hidayah turut mengambil kesempatan meluangkan masa bersama peserta pada hari pertama pelaksanaan bengkel. Melihat komitmen yang diberikan oleh peserta, beliau yakin bengkel tersebut dapat menaikkan semangat mereka untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam menyampaikan ilmu kepada para mualaf sepanjang sesi pengajian akan datang.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

292853684 459326649344515 3003896077056145034 n 293174269 459326609344519 4594944859032241984 n
293579141 459326576011189 3848827451258931452 n 293821789 459326722677841 908553831526857171 n
293980984 459326539344526 4505403114515794747 n 294180575 459326489344531 713632786770414845 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel