05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

291494295 450163023594211 5326626650667694994 n

01 JULAI 2022M | 01 ZULHIJAH 1443H (JUMAAT) - 1 Julai 2022 (Jumaat) telah berlangsung Bengkel Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar Kompleks Darul Hidayah. Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 30 Jun sehingga1 Julai 2022. Seramai 8 orang tenaga pengajar dari Kompleks Darul Hidayah telah mengikuti bengkel tersebut.

Objektif utama pelaksanaan bengkel adalah bertujuan meningkatkan keyakinan tenaga pengajar dengan variasi kaedah pembelajaran yang mengikut peredaran semasa khusus bagi menarik minat pelajar mualaf untuk menghabiskan sesi pengajian terutamanya di Kompleks Darul hidayah.

Puan Upiq Asmar binti Zainal Abidin dari SK Bukit Bandaraya telah dijemput untuk mengendalikan tajuk Teknik Pengajaran Berkesan dan tajuk Penggunaan BBM dalam P&P. Manakala Cik Immaniah dari SK Bukit Pantai dengan tajuk Kepentingan Penggunaan Alat Elektronik dalam Proses Pengajaran dan tajuk Prinsip Pembelajaran Efektif Abad ke 21. Ternyata bengkel tersebut sangat memberi impak yang positif kepada tenaga pengajar untuk lebih kreatif dalam P&P pada masa akan datang.

Majlis penutup bagi Bengkel BBM ini disempurnakan oleh Puan Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Semoga dengan pelaksanaan bengkel tersebut dapat menaikkan semangat para tenaga pengajar untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam menyampaikan ilmu kepada mualaf.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

291759476 450162930260887 3484108663847402502 n 291494295 450163023594211 5326626650667694994 n
290146285 450163093594204 9109463792975049698 n 290943488 450163050260875 7598964827025802215 n
290587486 450162890260891 6222928415617619419 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel