05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS PASCAPERKAHWINAN ISLAM FASA BULAN MADU TAHUN 2022

PASCA 1

26 Jun 2022 | 26 Zulkaedah 1443H (Ahad) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam: Fasa Bulan Madu Tahun 2022 bermula 24 hingga 26 Jun 2022 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.

Kursus yang dianjurkan secara percuma selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 15 pasangan suami isteri yang baru menempuh alam rumahtangga dengan usia perkahwinan di bawah lima tahun. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan seperti slot kerohanian, motivasi, pengurusan kesihatan dan kewangan serta aktiviti santai secara interaktif yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator berpengalaman.

Objektif penganjuran Kursus Pascaperkahwinan Islam ini adalah untuk:

(i) membantu memberi kesedaran serta motivasi tentang peranan dan tanggungjawab suami isteri/ibu bapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia;

(ii) memberi pendedahan berkaitan teknik dan kemahiran suami isteri dalam mengurus soal-soal kehidupan berumahtangga; dan

(iii) membantu meningkat dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Kursus Pascaperkahwinan Islam ini mengguna pakai modul yang dibangunkan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bahagian Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), perunding psikologi, perunding kewangan serta pensyarah-pensyarah universiti.

Terdapat empat submodul (fasa) dan sasarannya adalah seperti berikut:

(i) Fasa Bulan Madu – tempoh perkahwinan di bawah 5 tahun;

(ii) Fasa Sehati Sejiwa – tempoh perkahwinan 6 hingga 10 tahun;

(iii) Fasa Semarak Kasih – tempoh perkahwinan 11 hingga 20 tahun; dan

(iv) Fasa Syurga Cinta – tempoh perkahwinan 21 tahun ke atas.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Hj. Idris bin Hj. Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan YBrs. Tuan Hj. Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK mewakili Ketua Pengarah JAKIM serta Ketua-ketua Bahagian di JAWI.

PASCA 3 PASCA 2
PASCA 4 PASCA 5
PASCA 7 PASCA 6
PASCA 9 PASCA 12
PASCA 10 PASCA 13

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel