05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT SIRI 3/2022

Tafaqquh 3 1

21 Jun 2022 | 21 Zulkaedah 1443H (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat Siri 3/2022 kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Ceramah bertajuk “Persoalan Wali Pernikahan dan Iddah Wanita Siri 2” telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharam, Penceramah "Tahsinul Ibadah" Radio IKIM. Kitab rujukan yang digunakan ialah "Rahsia Memahami Hukum Pernikahan" terjemahan daripada kitab asal "al-Miftah li-Bab al-Nikah" karya al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Wilayah Persekutuan berkaitan Fiqh Munakahat Mazhab Imam Syafii. Program ini dihadiri hampir 80 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut hadir sama dalam program ini ialah YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri selaku Ketua Pendaftar yang sebelumnya telah menyampaikan panduan dan nasihat kepada para peserta mengenai isu-isu yang berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju' di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Tafaqquh 3 2 Tafaqquh 3 3
Tafaqquh 3 4 Tafaqquh 3 5
Tafaqquh 3 6 Tafaqquh 3 7

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel