05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF FARDHU AIN (KIFA) MUALAF SIRI PERTAMA BAGI TAHUN 2022

274486533 372451441365370 8209972432495136071 n

26 FEBRUARI 2022M | 24 REJAB 1443H (SABTU) - KIFA Siri 1/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka tirainya pada hari Sabtu, 26 Februari 2022 bersamaan 24 Rejab 1443 Hijri yang bermula seawal jam 8.00 pagi. Program yang dijalankan secara bersemuka ini, bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nasri bin Yusuf. Sesi taklimat dan pembukaan kursus disempurnakan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Bermula pada a jam 8.30 pagi, ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah" (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Pemangku Rektor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 1/2022 berhenti rehat seketika tepat jam 10:30 pagi bagi sesi bergambar bersama penceramah seterusnya memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Pada jam 11.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari pula, Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah dari PERKIM Wilayah Persekutuan menyampaikan ceramah bagi Slot Kedua bertajuk : "Suci dan Solat". Penceramah menggunakan paparan slaid serta video yang terperinci dan peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan.

Seterusnya, para peserta diberikan masa sehingga 2.30 petang makan tengah hari sebelum sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator berjalan sehingga jam 4.20 petang. Menyusul kemudian, satu majlis ringkas dijalankan dimana para peserta diberikan sijil penyertaan, sedikit cenderahati dan minuman petang. Sebelum bersurai, semua peserta bergambar bersama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, Ustazah Maizura binti Shamsudin.
Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat menerbitkan kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 1/2022 ini ditangguhkan tepat jam 4:50 petang.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

273904389 372451531365361 5898509786443843561 n 274814145 372451618032019 1580139953254252602 n
275005905 375810394362808 3552853696096009497 n 274985541 375810444362803 7553500798395194336 n
274830935 372451801365334 1943545785111333551 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel