05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SARINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KUALA LUMPUR TAHUN 2022

276141430 383475216929659 5095119806662435811 n

17 MAC 2022M | 14 SYAABAN 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Saringan Hafazan al Quran Peringkat Wilayah Persekutuan dan Majlis Saringan Tilawah al-Quran Peringkat Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2022 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Melalui Majlis Saringan Tilawah al-Quran, seramai 20 orang peserta telah terpilih menyertai Majlis Saringan Tilawah al- Quran Peringkat Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 1443H/ 2022M setelah ujian tasmik dijalankan ke atas seramai 35 orang peserta. Jemaah Hakim terdiri daripada empat orang iaitu Tuan Haji Hasim bin Harun, Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Noor, Tuan Abdul Khair bin Jalil S.I.S dan Tuan Haji Karim bin Zakaria.

Seramai 6 orang peserta akan mewakili Kuala Lumpur ke Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan. Mereka ialah :
*Kategori Qari*
1. Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad
2. Dr.Khalid bin Isa
3. Hassan AlFadli bin Abdul Rahman 

*Kategori Qari’ah*
1. Siti Nur Ashikin binti Mohd Ahruman
2. Rosnani binti Mohmad
3. Khamariah Binti Yusof.

Bagi Majlis Saringan Hafazan, seramai 92 orang telah mengambil bahagian. Seramai 6 orang peserta bagi setiap kategori juzuk (1-10, 1-20 dan 1-30), telah layak dipilih menyertai Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan. Saringan Hafazan telah dihakimi oleh 4 orang Jemaah Hakim iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Zakaria, Ustaz Othman bin Muda, Muhammad Zaki bin Ab. Rahman dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.

Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bakal dilangsungkan pada September 2022 yang akan datang.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

276154034 383474913596356 1772921453036484845 n 276134444 383474880263026 8505314320058958172 n
275617775 383474963596351 6061246743802592716 n 275867370 383475010263013 5147438221201212365 n
276148431 383475066929674 5703045026971572474 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel