05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘TERIMA KASIH JAWI ADAKAN KIFA’. KURSUS INTENSIF FARDU AIN (KIFA) MUALAF PERINGKAT ASAS, SIRI KE-2 BERJAYA DILAKSANAKAN.

276173447 385092916767889 3406175630780523644 n

19 MAC 2022M | 16 RAMADAN 1443H (SABTU) - KIFA Siri 2/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjalan dengan baik pada hari Sabtu, 19 Mac 2022 bersamaan 16 Syaaban 1443 Hijri yang bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Amirul bin Karulzaman. Sesi taklimat dan ‘Ice Breaking’ pembukaan kursus disempurnakan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Bermula pada jam 9.00 pagi, ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah" (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Ustazah Nur Ain Sumaiyah binti Abdullah dari Hidayah Centre Foundation. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 2/2022 berhenti rehat seketika tepat jam 11:00 pagi bagi sesi bergambar bersama penceramah seterusnya memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Pada jam 11.10 pagi pula, Slot kedua dimulakan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Kuala Lumpur membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" menggunakan paparan slaid berkaitan bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan.
Seterusnya, pada jam 1.10 tengah hari, para peserta diberikan masa sehingga 2.00 petang untuk makan tengah hari sebelum Slot ketiga iaitu sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator dijalankan di Surau Al-Hidayah, Kompleks Darul Hidayah sehingga jam 5.00 petang. Menyusul kemudian, satu majlis ringkas dijalankan dimana para peserta diberikan sijil penyertaan dan minuman petang.

Sebelum bersurai, semua peserta bergambar bersama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, Ustazah Maizura binti Shamsuddn yang hadir memberikan sokongan moral kepada para peserta, fasilitator dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Alhamdulillah, diharapkan kursus ini dapat menambah kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 2/2022 ini ditangguhkan tepat jam 5.15 petang.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

276289376 385093093434538 3137158102874861405 n 275943564 385093466767834 9181335277291564526 n
276169502 385093326767848 736259667716461657 n 276307299 385092713434576 2110774323146622169 n
276321671 385092760101238 7658034162800033948 n  276308002 385092870101227 8511698607123451510 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel