05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENCARIAN IKON MULLAF WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA NGO ISLAM

277570197 397004088910105 1009886009969369863 n

7 APRIL 2022M | 6 RAMADAN 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hasil kerjasama erat dengan Pertubuhan Muallaf India SeMalaysia (MIRA) telah menganjurkan Diskusi Bersama NGO Wilayah Persekutuan 2022 : Pencarian Ikon Mualaf bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.
Seramai 44 orang wakil dari pelbagai NGO telah hadir. Selain daripada MIRA, NGO yang menghantar wakil ialah Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Jaringan Perpaduan Global atau Global UNITY Network (UNITY) dan Pertubuhan Islam Bersatu Kuala Lumpur atau Islam United Foundation Malaysia (ISU.FOM KL).

Program yang merupakan salah satu dari Pelan Strategik Pengurusan Mualaf WP 2022-2026 ini menumpukan kepada pencarian Ikon mualaf yang berbakat untuk dilatih sebagai pendakwah di bidang tertentu melalui NGO mualaf yang terpilih bagi meningkatkan imej mualaf dan menarik minat non-muslim kepada Islam.
Diskusi ini dimulakan pada jam 3.00 petang dengan Pembentangan Cadangan Inisiatif Ikon Mualaf Wilayah Persekutuan oleh Ustazah Nur Ain Sumaiyah binti Abdullah, dari Hidayah Centre Foundation merangkap Ahli jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan disusuli dengan sesi dialog bersama YBhg. Profesor Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan dan Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim yang mewakili Pengarah JAWI. Turut hadir bersama pada sesi dialog ialah Pn.Siti Razmah binti Idris, KPPK Dakwah JAWI bersama beberapa Ahli jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Sesi ini berlangsung sehingga jam 4.30 petang bagi membolehkan para peserta berehat dan menunaikan solat Asar.

Pada Jam 5.15 petang, program diteruskan dengan sesi Dialog bersama NGO. Para wakil dari NGO telah melontarkan pelbagai pandangan dan cadangan yang amat bernas demi memastikan Program Pencarian Ikon Mualaf ini dapat memberikan impak kepada dunia dakwah di Wilayah Persekutuan khususnya. Alhamdulillah, program diskusi ini berjalan lancar dan disusuli dengan sesi bergambar. Para peserta seterusnya menunaikan Solat Maghrib dan berbuka puasa berjemaah.
Semoga usaha ini akan memperkasakan gerak kerja dakwah di bawah kelolaan JAWI, MAIWP dan juga semua NGO yang terlibat.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah

277538787 397003742243473 5540838310370125477 n   277667427 397003788910135 5170126766949451898 n
277746746 397003868910127 2482783437617935815 n   277775928 397003902243457 8108688256810240744 n

277808072 397003978910116 2951345929290250631 n

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel