05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ZIARAH RAMAH (RAKAN MASJID HOSPITAL) KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

277335199 388133536463827 3294272890224164925 n

25 MAC 2022M | 22 SYAABAN 1443H (JUMAAT) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dan Bahagian Pengurusan Masjid (BPM) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah RAMAH ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Tujuan utama pelaksanaan ziarah adalah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di PPUM.

Serahan barang berbentuk keperluan wad hospital disempurnakan oleh YBrs Puan Siti Razmah binti Idris mewakili BPD JAWI manakala sumbangan tunai disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mohd Razali, Pegawai Tadbir Agama Zon 6 mewakili BPM JAWI. Sumbangan tersebut telah diterima oleh YBhg Professor Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM mewakili pihak pengurusan hospital dan akan diserahkan kepada 50 orang pesakit yang mendapatkan rawatan di Wad Rehabilitasi dan Wad Jantung PPUM.

JAWI amat berbesar hati kerana diberi peluang melawat Pusat Rawatan Fisioterapi PPUM yang mempunyai fasiliti serba canggih, lengkap, dan terbaik di seluruh negara untuk rawatan pesakit yang memerlukan.

Semoga dengan penganjuran program dan sumbangan yang disampaikan dapat memberi sokongan moral kepada para pesakit di samping mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara JAWI dan PPUM di masa hadapan.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah

277366479 388133313130516 4936427978863726609 n 277346139 388133476463833 8811029510631715731 n
276169166 388133416463839 7334285178669353680 n 277353608 388133246463856 1141482396106632059 n
277353962 388133603130487 5176369170110737809 n         
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel