05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PENGURUSAN EMOSI: TANGANI STRESS

278127552 401279258482588 2707271226592791724 n

14 APRIL 2022M | 12 RAMADAN 1443H (RABU) - Seminar Pengurusan Emosi: Tangani Stres telah diadakan dengan meriahnya di Kompleks Darul Hidayah pada 14 April 2022, Khamis lalu. Seminar ini menyasarkan pihak yang terlibat dengan pengurusan saudara baru termasuk pegawai dan kakitangan JAWI, MAIWP, NGO Islam dan Mualaf di Wilayah Persekutuan.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti diri di samping memperkukuhkan persefahaman sesama peserta supaya pengurusan mualaf dapat ditambah baik. Dengan pengisian yang menarik dan interaktif oleh pasukan penceramah daripada Global Unity Network, seminar ini telah berjalan dengan lancar dan menarik.

Seminar ini turut disertai pengisian khas iaitu sesi Bicara Santai oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan. Bicara Santai diadakan kerana beliau sangat menitikberatkan hubungan erat sesama saudara baru dari pelbagai lapisan dan latar belakang bagi memastikan kebajikan, akidah dan akhlak terpelihara.

Selesai Bicara Santai, semua hadirin menunggu waktu Maghrib dan berbuka puasa. Iftar Jama’ie ini merupakan aktiviti tahunan JAWI, MAIWP berbuka bersama mualaf dan NGO Islam Wilayah Persekutuan. Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak terutamanya penaja jamuan iftar, CSR, Ayamas, Pizza Hut, Mohd Chan Group, Restoran Ali Maju dan Restoran Sharin Low. JAWI berharap agar pertemuan seperti ini dapat diadakan setiap tahun sebagai tanda prihatin terhadap saudara baru.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

278316107 401279231815924 6597246999879178046 n 278548318 401279288482585 6310306402624833046 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel