05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI DENGAN KERJASAMA PERTIS DAN MAB BERGANDING BAHU MENGANJURKAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENGLIHATAN

278983506 406668517943662 1189314079070253475 n

24 APRIL 2022M | 22 RAMADAN 1443H (AHAD) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam (CHKI), Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) dengan kerjasama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan OKU Penglihatan 2022. Program berlangsung di Surau Kompleks MAB, Pusat Latihan Gurney, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur. Acara bermula pada malam 22 Ramadhan 1443 dengan Qiamullail, Kuliah Subuh, Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa.

Sempena program ini, JAWI turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada 100 orang peserta di kalangan asnaf OKU. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Faizal bin Che Yusof, Yang Dipertua, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) disusuli dengan ucapan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Turut hadir ialah Encik Mohd Nor bin Don, Penolong Kanan, Pusat Latihan Gurney, MAB dan Puan Sriyati bin Ahmad, wakil daripada Qatar Charity Malaysia.

Program ini juga dijayakan dengan kerjasama daripada rakan strategik JAWI iaitu QSR Brand dan JAWI Food Bank. Semoga penganjuran program ini akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama JAWI dengan semua pihak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti OKU sentiasa didahulukan selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia”.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

278813076 406668791276968 1710602405650875568 n 279085073 406668707943643 8516538582467925969 n
279240812 406668837943630 2743517355134121392 n 279170438 406668631276984 7342533285268022156 n
279106929 406668754610305 56115548785794887 n  278933670 406668674610313 1215161876289484854 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel