05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI BAKAL TERBITKAN BUKU PANDUAN MUALAF: 50 SOALAN LAZIM DENGAN KERJASAMA YAYASAN MUALAF MALAYSIA

279388344 408368267773687 5390144033228169409 n

27 APRIL 2022M | 25 RAMADAN 1443H (RABU) - Bengkel Pemurnian Buku Panduan Mualaf: 50 Soalan Lazim Siri 2 telah diadakan pada 27 April 2022 bertempat di Dewan Seminar, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.

Dengan kehadiran ahli bengkel iaitu wakil-wakil dari semua bahagian di JAWI. Bengkel ini berjalan lancar dengan pembentangan hasil semakan semua soalan-soalan dalam buku panduan tersebut. KPPK BPD dan KPPK JAWI Cawangan Labuan turut menghadiri bengkel ini untuk membantu memurnikan kandungan buku agar sesuai untuk bacaan umum terutamanya para mualaf.

Buku Panduan Mualaf: 50 Soalan Lazim merupakan terbitan JAWI hasil kerjasama antara NGO mualaf iaitu Yayasan Mualaf Malaysia sebagai inisiatif membantu para mualaf memahami persoalan yang lazimnya berlegar dalam kalangan mereka. Buku ini akan dijadikan sebagai cenderahati secara percuma kepada mualaf yang baharu Syahadah dan akan dimasukkan dalam Kit Pendaftaran Masuk Islam.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

279278054 408368367773677 5787691207710819119 n 279090687 408368204440360 804798728193559236 n
279020834 408368307773683 1826489436555130920 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel