05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI SANTUNI 15 KELUARGA MUALAF MENJELANG SYAWAL SEMPENA ZIARAH KASIH MUALAF

279683981 410284064248774 1657559888287183336 n

30 APRIL 2022M | 28 RAMADAN 1443H (SABTU) - Alhamdulillah JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama JAWI Food Bank telah melaksanakan sesi Ziarah Kasih Mualaf sempena bulan Ramadan al-Mubarak kepada 15 buah keluarga mualaf yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ziarah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah disamping membantu para mualaf yang mengalami kesempitan kehidupan sepanjang bulan Ramadan ini. Disamping itu sesi khidmat nasihat akidah dan ibadah turut disampaikan bagi mengukuhkan jatidiri sebagai muslim kepada para penerima.

Sesi ziarah ini telah bermula pada 26 April sehingga 30 April 2022. Para mualaf telah menerima Sumbangan wang tunai, Kit Barangan JAWI Food Bank serta Pek Ramadan Kasih Mualaf. Semoga ziarah ini dapat memberikan sinar keceriaan kepada para mualaf dalam menjalani kehidupan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang. Kita bertemu pada sesi ziarah yang akan datang. Sekian.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

279603503 410284357582078 1022585358377300024 n 279710438 410284024248778 2944223521264622306 n
279635902 410284317582082 4873202537597100934 n 279629868 410284484248732 7737717932765861592 n
279604530 410283984248782 4515454902137970701 n  279677764 410284404248740 2430243081665966427 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel