05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

100 MUALAF HADIRI SEMINAR PEMANTAPAN IBADAH PERBAIKI SOLATKU DAN MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI 2022 BERSAMA MUALAF WILAYAH PERSEKUTUAN

282006150 422508699692977 5041963518689239223 n

19 MEI 2022M | 19 SYAWAL 1443H (KHAMIS) - Alhamdulillah JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama NGO Islam Mualaf Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Seminar Pemantapan Ibadah:Perbaiki Solatku di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur.

Seminar ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan solat dengan lebih terperinci kepada mualaf. Alhamdulillah seminar telah dihadiri seramai 100 mualaf daripada pelbagai latar belakang pengislaman. Perkongsian ilmu berkaitan pemantapan solat telah diberikan oleh Tn.Hj Muhammad Nazeli bin Jaafar, Jawatankuasa Penasihat HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Kuala Lumpur dan Ustaz Muhammad Jais Mariappan bin Abdullah, Pegawai Dakwah PERKIM.

Seusai seminar ditangguhkan, pada sesi petang Majlis Mahabbah Aidilfitri 2022 turut dianjurkan sempena meraikan bulan Syawal yang masih ada. Majlis mahabbah mendapat kerjasama yang baik daripada NGO dan para pelajar mualaf yang telah membuka reruai(booth) jamuan hari raya untuk tetamu dan jemputan yang hadir. Program seminar dan majlis mahabbah Aidilfitri telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tn Hj Mohd Fadzil bin Abu Kasim, bersama Ustazah Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Dakwah JAWI bersama tetamu jemputan dan seluruh peserta mualaf yang hadir.

Semoga seminar ini dapat memantabkan ibadah para mualaf dan majlis mahabbah Aidilfitri memperkukuhkan tautan ukhuwah antara mualaf dan NGO serta JAWI.

Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

281261396 422508579692989 6647878419438746441 n 282209944 422508986359615 4634680952294277286 n
282563933 422509319692915 3018005335975814432 n 280717549 422509373026243 4332592071859459411 n
281867873 422509279692919 7013265566095286809 n  281898983 422508659692981 8917298488554157843 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel