05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA CAWANGAN KEBAJIKAN SAUDARA BARU, BPD KE LABUAN

283550914 426215635988950 3540490343747576876 n

25 MEI 2022M | 25 SYAWAL 1443H (RABU) - Bersempena bulan Syawal 1443H kali ini, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 Mei hingga 25 Mei 2022. Seiring dengan itu, program Mahabbah Aidilfitri Mualaf Labuan 2022 juga telah diadakan. Mualaf di Labuan menerima sumbangan tunai zakat sebanyak RM500 daripada MAIWP, sumbangan barang keperluan bernilai RM100 dan set ayam KFC daripada QSR Brands Sdn Bhd. Di kesempatan ini juga, Taklimat Prosedur Pengislaman telah diadakan kepada Pengerusi Masjid-masjid  dan Surau di Labuan bagi memperjelaskan  tatacara prosedur pengislaman dan pendaftaran pengislaman. 

Turut diadakan Mesyuarat Penyelarasan Hal Ehwal Mualaf Labuan yang dipengerusikan oleh YBrs.Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI bagi berkongsi idea dan pandangan dalam mewujudkan Hub Mualaf Labuan. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada Perbadanan Labuan, MAIWP Labuan, Pejabat Mufti Labuan dan JAWI Cawangan Labuan serta KPPK Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. 
 
Seterusnya program turun padang ziarah mualaf turut diadakan dengan seramai tiga (3)  buah keluarga mualaf Labuan telah disantuni dalam kesempatan ini jua. Walaupun dihambat kekangan masa, terangkum pelbagai program dan aktiviti yang  menghasilkan impak yang positif bagi memperkasakan pengurusan hal ehwal mualaf di Labuan. Semoga segala perancangan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

283322776 426215119322335 2402802347037701772 n 283274523 426215475988966 720682936609357693 n
282151653 426215575988956 1775525496121674492 n 283600205 426215175988996 7427193746177716829 n
283139356 426215505988963 2371069209787248997 n  282221624 426215535988960 9127616981745519069 n        
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel