05:44
05:54
01:20
04:45
07:29
08:44

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CERAMAH PERDANA TADABBUR AL-QURAN 2022 ANJURAN BERSAMA MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA

288707494 439621504648363 2846002202707607041 n

16 JUN 2022M | 16 ZULKAEDAH 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Ceramah Perdana Tadabbur Al-Quran Tahun 2022. Program anjuran bersama Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Cheras ini telah disempurnakan Perasmian Penutupnya oleh YDH ACP Luzza Lenny binti Shahbudin; ACP Pengajian Sains Kepolisan Maktab PDRM, Cheras. Hadir sama adalah YBrs. Puan Suraiti binti Alias; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan YDH DSP Zam Zam bin Yunus; Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Maktab PDRM, Cheras.

Objektif program ini adalah untuk menggarap ilmu dan pengajaran berkaitan kandungan ayat-ayat suci Al-Quran yang berkaita rapat dengan kehidupan seharian masyarakat Islam. Selain itu sebagai salah satu usaha untuk membudayakan kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk agar sentiasa subur dalam jiwa sanubari. Di samping itu diharapkan program ini para peserta akan dapat menghayati serta mengambil manfaat daripada mukjizat Al-Quran secara optimum dan holistic.

Sebelum itu, program ini turut diisi dengan slot ceramah oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Wan Md Fadhli bin Hamzah; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tajuk “Lelaki sebagai Pemimpin Kepada Wanita” berdasarkan kepada Surah An-Nisa’ ayat 34.

Disediakan oleh,
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

288543049 439621411315039 871745409402505495 n 288787584 439621341315046 5157692678352536454 n
288643041 439621374648376 7861774752185476121 n 288647728 439621457981701 1537905682338085304 n
          
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel