05:44
05:54
01:20
04:45
07:29
08:44

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 SIRI 1/2022

 KBA 1 1

14 Jun 2022 (Selasa) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Siri 1/2022 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program ini telah disertai oleh sekitar 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, wakil jabatan dan bahagian berkaitan serta pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia.

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan iaitu YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyentuh dan menghuraikan peruntukan Seksyen 56, Akta 303 iaitu tentang mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut serta Seksyen 57 iaitu berkenaan hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang sering menjadi rujukan oleh masyarakat umum. Di penghujung kelas, YAA Dato’ Setia Dr. telah menjelaskan kepada para peserta tentang penerimaan dokumen pengesahan mastautin sebagai bukti pemastautinan di bawah Seksyen 4, Akta 303 selaras dengan Arahan Amalan No. 8 Tahun 2019 sebagaimana yang diamalkan di Mahkamah Syariah.

Program ini sangat memberi manfaat kepada para peserta kerana setiap peruntukan telah dikupas secara terperinci dengan penjelasan yang mudah difahami berdasarkan hujah-hujah Syarak dan juga undang-undang yang berkuat kuasa. Program ini merupakan siri pertama bagi tahun 2022 dan akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa demi meningkatkan lagi tahap kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan antara asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ orang Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

KBA 1 2 KBA 1 3
KBA 1 4 KBA 1 5
KBA 1 6 KBA 1 7
KBA 1 8 KBA 1 9

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel