05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ ORANG ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 2/2022

Tafaqquh 2 1

1 Jun 2022 (Rabu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Siri 2/2022 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Ceramah bertajuk “Persoalan Wali Pernikahan dan Iddah Wanita Menurut Mazhab Imam Syafii” telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharam, Penceramah "Tahsinul Ibadah" Radio IKIM. Kitab rujukan yang digunakan ialah “Rahsia Memahami Hukum Pernikahan” terjemahan daripada kitab asal “al-Miftah li-Bab al-Nikah” karya al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafizh.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar berkaitan isu-isu munakahat dan program kali ini telah dihadiri lebih 80 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut hadir sama dalam program ini ialah YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri selaku Ketua Pendaftar yang sebelumnya telah menyampaikan panduan dan nasihat kepada para peserta mengenai isu-isu yang berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju' orang Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan.

Tafaqquh 2 32 Tafaqquh 2 2
Tafaqquh 2 4 Tafaqquh 2 5
Tafaqquh 2 6 Tafaqquh 2 7
Tafaqquh 2 8 Tafaqquh 2 9

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel