05:44
05:54
01:20
04:45
07:29
08:44

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Perkenal Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA menyeluruh di Wilayah Persekutuan

285153153 429591685651345 7549401026438752133 n

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bertempat di KAFA Masjid Az Zubair Ibnul Awwam, Kuala Lumpur pagi tadi. Simbolik penyerahan kepada wakil ibu bapa dan murid disempurnakan oleh YB Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bertempat di KAFA Masjid Az Zubair Ibnul Awwam, Kuala Lumpur pagi tadi. Simbolik penyerahan kepada wakil ibu bapa dan murid disempurnakan oleh YB Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI.


Inisiatif terbaharu ini bakal memberikan manfaat kepada 33,818 orang murid KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf dan golongan B40. Keseluruhan nilai bantuan berjumlah RM 1.8 juta itu diberikan melalui peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga, mengurangkan dan mengatasi masalah keciciran pembelajaran agama serta meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan murid KAFA. Fasa pertama skim bantuan tersebut telah selesai dilaksanakan pada Mac lalu melibatkan edaran 46,550 naskhah buku teks kepada 12,221 murid tahun 1 dan 2 merangkumi tujuh subjek KAFA iaitu Adab, Akidah, Bahasa Arab, Ibadah, Jawi dan Khat, Sirah dan Tilawah al-Quran dengan keseluruhan kos bernilai RM 691,005.


JAWI melaksanakan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan Pendidikan Islam dan Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain kepada masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan melalui 5 buah Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), 71 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan 130 Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Wilayah Persekutuan antara negeri yang mempelopori program SPBT KAFA meliputi semua golongan penerima.

 
284446708 429591532318027 4900071209590295926 n 285190509 429591575651356 525857010585504491 n
285262275 429591412318039 7255195226031987174 n 285233949 429591375651376 6288842456225218606 n
285406880 429591345651379 2803760319252301981 n

285395496 429591655651348 734473120994586721 n

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel