05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM “CINTAI RASUL SAYANGI KELUARGA”

Diskusi 1

25 Oktober 2021 | 18 Rabiulawal 1443H (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Diskusi Kekeluargaan Islam “Cintai Rasul Sayangi Keluarga” Sempena Cinta Semarak Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Perasmian Diskusi Kekeluargaan Islam telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut hadir ialah YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid, Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita dan YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI.

Ceramah bertajuk “Cintai Rasul Sayangi Keluarga” telah disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid dan Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling. Manakala Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Penolong Pengarah Kanan, BPPK JAWI selaku moderator.

Diskusi kekeluargaan Islam ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut:

i) Memberi pendedahan kepada peserta tentang kewajipan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga bagi melahirkan rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah;

ii) Meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan menghayati agama serta mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam membentuk keluarga yang cemerlang dan diredhai; dan

iii) Meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan isu-isu kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat dari perspektif perundangan, sosiologi, psikologi dan sebagainya serta solusi dan jalan penyelesaiannya.

Seramai 100 peserta serta wakil-wakil NGO telah hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi penguatkuasaan lain.

Diskusi 2 Diskusi 3
Diskusi 4 Diskusi 5
Diskusi 6 Diskusi 7

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar