05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Webinar 1

15 September 2021 | 8 Safar 1443H (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan kolaborasi bersama Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan penganjuran Webinar Kefahaman Undang-Undang Syariah bertajuk “Akta 303: Nikah Tanpa Kebenaran, Implikasi dan Solusi” yang bersiaran secara langsung di Facebook rasmi JAKIM bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengah hari. Webinar diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] sebagai panduan kepada mereka dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga mengikut saluran undang-undang syariah di negara ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd. Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, JAKIM dan diteruskan dengan pembentangan bertajuk “Nikah Tanpa Kebenaran dan Implikasinya” yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan. Pembentangan bertajuk “Solusi Nikah Tanpa Kebenaran dan Rujukan Kes” pula telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Zakian bin Dio, Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Manakala Ustazah Nor Asniah binti Mohd Noh, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM bertindak selaku moderator program ini.

Pelbagai isu perkahwinan dan kekeluargaan telah dikupas oleh kedua-dua panel pembentang antaranya menjelaskan maksud dan situasi nikah tanpa kebenaran, kesan nikah tanpa kebenaran terhadap perkahwinan dan keluarga, kepentingan pasangan mendapatkan kebenaran nikah daripada Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu, rujukan kes nikah tanpa kebenaran dan sebagainya. Perundangan yang digubal bukan untuk membebankan masyarakat bahkan demi menjaga kepentingan dan kemaslahatan ummah bertepatan dengan Maqasid Syariah iaitu menjaga keturunan. Alhamdulillah, penyertaan webinar telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Wilayah Persekutuan dan sekitarnya.

Webinar 2 Webinar 4 Webinar 3

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel