05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM MOTIVASI REMAJA SEKOLAH

Motivasi 1 Motivasi 2 Motivasi 3

14 September 2021 (Selasa) – Melahirkan pelapis masa depan yang beriman dan bertakwa serta bertanggungjawab dalam setiap amalan dan perbuatan merupakan matlamat utama penganjuran Kursus Pembangunan Keluarga Islam khususnya di kalangan remaja sekolah pada kali ini.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Unit Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI. Program yang diadakan pada kali ini secara atas talian melalui aplikasi zoom. Seramai 164 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang yang mengikuti program tersebut.

Antara pengisian program ialah sesi slot 1 bertajuk “Remaja: Mendepani Cabaran Masa Kini” yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Khairul Anuar bin Mohamad (Pensyarah USIM) dan slot kedua dengan tajuk “Berani Ubah” yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Abd Manaf (Pena Abu Mardiah). Kedua-dua slot yang disampaikan khusus berkaitan isi kandungan al-Quran dan hafazan di kalangan pelajar.

Terdahulu, kursus berkenaan diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Tuan Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI.

Motivasi 4 Motivasi 4 Motivasi 6
Motivasi 7 Motivasi 8 Motivasi 9

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar