05:55
Imsak
06:05
Subuh
13:18
Zohor
16:40
Asar
19:15
Maghrib
20:30
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [AKTA 303] SIRI 2/2021

Kelas Akta 2 1

4 Oktober 2021 (Isnin) Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1984 [Akta 303] Siri 2/2021 secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini telah disertai oleh sekitar 70 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), wakil jabatan berkaitan dan bahagian lain di JAWI serta pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia. Turut hadir ialah YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. 

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan iaitu YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyentuh dan menghuraikan peruntukan Seksyen 55A, Akta 303 iaitu tentang pendaftaran perceraian di luar Mahkamah. YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping turut menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang sering menjadi rujukan oleh masyarakat umum.

Program ini sangat memberi manfaat kepada para peserta kerana setiap peruntukan telah dikupas secara sangat terperinci dengan penjelasan yang mudah difahami berdasarkan hujah-hujah Syarak dan juga undang-undang yang berkuat kuasa. Program ini merupakan siri ke-2 bagi tahun 2021 dan akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa, insya-Allah demi meningkatkan lagi kefahaman para peserta tentang Akta 303 yang merupakan antara asas utama dalam urusan perkahwinan, perceraian dan ruju‘ di Wilayah-Wilayah Persekutuan. 

Kelas Akta 2 4 Kelas Akta 2 5 Kelas Akta 2 6
Kelas Akta 2 2 Kelas Akta 2 3 Kelas Akta 2 7
Kelas Akta 2 8 Kelas Akta 2 9 Kelas Akta 2 10

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga (BPPK),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel
avatar
Ustaz Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustaz Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar