05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH MUALAF TAHUN 2021 SIRI 1 (SECARA MAYA)

241828005 4518440511548092 5118198142014442450 n

12 SEPTEMBER 2021M | 05 SAFAR 1443H (ISNIN) - Program Kem Pembangunan Sahsiah Mualaf Tahun 2021 Siri 1 (Secara Maya)  selama 2 hari bermula 11 September  2021  (Sabtu) hingga 12 September 2021 ( Ahad) telah melabuhkan tirainya pada hari ini. 

Majlis Perasmian Penutup Kem Pembangunan Sahsiah  Mualaf Tahun 2021 Siri 1 telah disempurnakan oleh Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI pada jam 12.30 tengah hari secara maya melalui aplikasi Zoom.
Program yang julungkali diadakan secara maya ini berkonsepkan virtual team building.
 
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Moderator Program iaitu En. Noorlihakie bin Raja Husin. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahap Pertengahan, Lanjutan dan beberapa orang Alumni Kelas Pengajian Mualaf Kompleks Darul Hidayah. Pengisian program kursus di terapkan dengan aktiviti berkumpulan yang memerlukan penglibatan dari semua ahli kumpulan  dengan menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang menguji minda dan kemahiran berfikir di luar kotak. Kesemua peserta dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Peserta terbaik keseluruhan telah dianugerahkan kepada Puan Nurul Jannah Tolentino.
 
Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241832127 4518440308214779 979474878075861405 n 241967423 4518440394881437 637990228473264365 n
241863442 4518440684881408 1827953102128355069 n 241828005 4518440511548092 5118198142014442450 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel