05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENYAMPAIAN HADIAH PENERIMA ANUGERAH TOKOH MA'AL HIJRAH WILAYAH PERSEKUTUAN 1443H

240525296 4521520087906801 7424399432341396464 n

13 SEPTEMBER 2021M | 06 SAFAR 1443H (ISNIN) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Acara Penyampaian Hadiah kepada Penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam.Seramai lima (5) individu telah dipilih bagi Anugerah Khas di samping Anugerah Tokoh Utama sempena Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan pada kali ini. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu, YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri telah membuat pengumuman penerima Tokoh Utama dan Tokoh Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan melalui rancangan Assalamualaikum yang disiarkan secara langsung melalui TV AlHijrah pada 12 Ogos 2021 (Khamis).

Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah 1443H telah dianugerahkan kepada Mejar Jeneral (Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Mamat merupakan mantan Ketua Pengarah KOR KAGAT. Lima (5) penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah ialah Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd.; Dato’ Dr Hj Ramly bin Mokni ( Kategori Tokoh Korporat ), Pengarah Jabatan Kesihatan WP Labuan; Dr Ismuni bin Bohari ( Kategori Tokoh Frontliners I ) , Penggali Kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah; Encik Roslee bin Ali ( Kategori Tokoh Frontliners II), Pembantu Mubaligh di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Puan Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Kategori Tokoh Mualaf ) dan selebriti TV Media Prima Berhad; Encik Ahmad Fedtri bin Yahya(Kategori Pendakwah Kreatif).

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI diiringi YBrs. Tn Hj. Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Penerima Tokoh Utama Ma’al Hijrah 1443H menerima wang tunai RM8,000, trofi dan sijil manakala penerima Anugerah Khas masing-masing menerima wang tunai RM4,000 berserta trofi dan sijil penghargaan. Acara diadakan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241561126 4521520877906722 6079282504293241897 n 241293607 4521520301240113 4038177437307720095 n
239741331 4521520504573426 2554555307961178791 n 241179834 4521520617906748 9092020750545230769 n
241332169 4521520737906736 5185537099865851373 n 241519297 4521521104573366 2204186036341902802 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel