05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAHASISWA KOLEJ CYBERNETICS KL DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH

242148542 4551299454928864 6056459450151032759 n

22 SEPTEMBER 2021M | 15 SAFAR 1443H (RABU) - Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada hari ini telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 3/2021 bersama dengan mahasiswa dari Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics Kuala Lumpur.
Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet ini telah disertai seramai 46 peserta dari kalangan mahasiswa dan warga kerja kolej tersebut. Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Kursus ini telah diselia oleh Us. Mohd Hafiz bin Zabidin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi ceramah dimulakan dengan menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak yang telah disampaikan oleh Us. Mohd Nazar bin Ibrahim, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi kedua pula adalah teori praktikal berkaitan kewajipan orang hidup terhadap orang mati telah meliputi mandi, kafan, solat jenazah dan pengkebumian. Sesi ini juga sempat merungkai dan menjawab beberapa persoalan dari peserta yang bertanya kepada penceramah.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
242272315 4551299618262181 2873150674111624477 n 242627129 4551299818262161 408168949576829171 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel