05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KINI GILIRAN WARGA PPR SALAK SELATAN MERASAINYA

240599455 4567116186680524 7283442629933912196 n

25 SEPTEMBER 2021M | 18 SAFAR 1443H (SABTU) - Telah berlangsung semalam Program Ziarah Dakwah dan Silaturrahim Penduduk Setempat (Siri 4) Tahun 2021 pada 25 September 2021 (Sabtu), melibatkan 80 orang penduduk warga PPR Salak Selatan, Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, 67 buah bakul makanan telah disalurkan kepada penduduk PPR Salak Selatan yang disampaikan oleh Puan Suraiti binti Alias; Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Bakul Makanan yang mengandungi bahan makanan kering berupa gula, tepung, bihun, milo dan minyak masak diharapkan dapat membantu serba sedikit sebahagian penduduk di kawasan PPR ini yang benar-benar memerlukan dan terkesan akibat tempoh PKP yang panjang.

Turut diadakan Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Mustakim; Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur. Dalam kuliah yang bertajuk ‘Keluargaku Malaysia Prihatin’ tersebut, beliau telah menyampaikan beberapa saranan yang telah ditekankan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat iaitu betapa pentingnya kita perlu mengenali jiran tetangga kita tanpa mengira bangsa atau agama, di samping mengenali hati budi mereka supaya dapat mengelakkan prasangka buruk dan saling menghormati antara satu sama lain. Bersama-samalah kita pupuk perpaduan yang terjalin selama ini kita kecapi untuk masa depan generasi kita yang harmoni.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
242663253 4567116753347134 5482951651581294552 n 240587477 4567116600013816 2869290168101623896 n
240734649 4567116913347118 6130488731207985657 n 242394895 4567116090013867 9149190900682819836 n
240517151 4567116833347126 3396457117199882927 n 240975337 4567116383347171 4099482933170033022 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel