05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI SANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA SEKITAR KARIAH MASJID AZZUBAIR IBNU AWWAM (2)

241190636 284239753519873 6496282932062334007 n

30 SEPTEMBER 2021M | 23 SAFAR 1443H (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Masjid Azzubair Ibnu Awwam, Cheras telah mengadakan Program Menyantuni Wanita bagi tahun 2021. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Mohammad Jelani bin Ugoh, Pengerusi Masjid Azzubair Ibnu Awwam disusuli dengan ucapan daripada YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian sumbangan berupa barang keperluan asas yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail kepada 40 orang asnaf wanita yang terdiri daripada kariah Masjid Azzubair Ibnu Awwam yang terkesan akibat Pandemik COVID - 19. Semoga usaha ini diberkati Allah dan sumbangan seumpama ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat.

Pada majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Pengarah JAWI turut merasmikan Gerobok Rezeki Masjid berkenaan . Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBrs. Pn.Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan,BPD JAWI dan Pn.Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah,BPD JAWI serta En Mohd Ariff bin Abdul Samad, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241283764 284239456853236 1428510487038949471 n 239885526 284239523519896 185686209691638358 n
240588579 284239633519885 8518206270738573571 n 240592971 284239696853212 639913499545231695 n
240594363 284239576853224 2180902357937841582 n 241293611 284239856853196 631541144671277952 n
241215792 284239800186535 8956758263311500266 n 244005914 284239916853190 7746649028325991655 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel