BENGKEL SEMAKAN MODUL PENGAJIAN MUALAF TAHUN 2021 SIRI 1 (SECARA MAYA)
02 OKTOBER 2021M | 25 SAFAR 1443H (AHAD) - Bengkel Semakan Modul Pengajian Mualaf Tahun 2021 Siri 1 (Secara Maya) selama 1 hari pada 2 Oktober 2021 dari 8.30 pagi - 1.00 petang telah pun selesai dijalankan dengan jayanya. Bengkel Semakan Modul ini dikendalikan oleh 3 orang panel pakar iaitu Ustazah Wan Esma Wan Ahmad (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Modul Cawangan Pembangunan Professionalisme, ILIM), YBrs. Dr Suariza@Hidayah binti Muhammad (Pengarah IDIP KL) dan YBrs. Dr. Norrodzoh binti Haji Siren (Pensyarah Kanan APIUM). Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada Tenaga Pengajar Mualaf Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, NGO Mualaf - PERKIM, Hidayah Centre Foundation, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Islamic Outreach ABIM, Amaniah Mualaf Care Center (AMCC) dan Multiracial Muslim (MRM). Pengisian bengkel semakan modul ini dijalankan dengan pembentangan isu bagi penambahbaikan modul pengajian mualaf dan perbincangan secara dua hala dalam membentuk modul yang lebih baik dan sesuai untuk dijadikan panduan pengajaran kepada Tenaga Pengajar Mualaf mengikut perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Bengkel semakan modul ini akan berlangsung dalam 4 Siri iaitu pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Oktober. Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah
|