05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:21
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TERIMA KASIH USTAZ DAN USTAZAH. BERI KAMI PELUANG SERTAI KIFA 11

240047279 285681493375699 7971785025933486691 n

02 OKTOBER 2021M | 25 SAFAR 1443H (SABTU) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain (KIFA) Siri ke-11 yang disertai seramai 54 peserta mualaf secara atas talian. Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah, CKSB Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Ceramah bagi Slot Pertama bertajuk "Selamat Kembali Kepada Fitrah" (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Pemangku Rektor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Ustaz Mohd Farkhan bin Md Zain. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 11 berhenti rehat seketika tepat jam 10:45 pagi bagi memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Slot kedua ceramah, bermula jam 11:00 pagi dan disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Kuala Lumpur membentangkan tajuk : "Suci dan Solat" menggunakan paparan slaid berkaitan kedah bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan. Alhamdulillah, KIFA Siri 11 ditangguhkan jam 1:00 tengah hari. KIFA 12 yang merupakan siri terakhir akan dilaksanakan pada 16 Oktober 2021. Kita bersua pada KIFA 12

Disediakan Oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah 
 
241407625 285681393375709 1342516514170693971 n 240166457 285681733375675 6725672642060957298 n
241275743 285681620042353 6587081473197035180 n 241190258 285681353375713 5409085436312929041 n
240602188 285681540042361 5422273171725195277 n 242133631 285681450042370 8443932758527169791 n
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cetak   Emel